Wednesday, October 29, 2014

Hari Membaca Sedunia 423

Hari Buku adalah resolusi daripada persidangan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 15 Nov 1995 yang mengisytiharkan 23 April setiap tahun sebagai Hari Buku.

Objektif acara ini diadakan adalah untuk mempromosikan pembacaan, penerbitan dan juga hakciptaterpelihara sesuatu bahan bacaan.

Pelbagai aktiviti diadakan di seluruh dunia pada Hari Buku tersebut. Aktiviti ini diadakan untuk membuka mata masyarakat mengenai pembacaan yang baik selain daripada mengetahui proses penerbitan buku yang bermutu dan berkualiti.

Hari Buku Sedunia juga akan mempromosikan mengenai hakcipta yang sangat penting bagi seseorang pengkarya buku dan juga mengajak masyarakat untuk lebih mengenali karya–karya yang menarik dan hebat.


Pada hari ini, 23 April 2014 merupakan Hari Membaca Sedunia. Bersempena dengan hal yang sedemikian, kelab SPBT juga telah menjalankan aktitivi membaca tersebut. Aktiviti ini dianjurkan bersama dengan unit Pusat Sumber Sekolah.

Bertemakan "Jom Membaca Bersama 423 saat" seluruh warga SJKC Tshing Nian akan membaca buku atau bahan ilmiah selama 423 saat bermula Jam 0900 hingga Jam 0908.
Terima Kasih kepada semua warga SJKC Tshing Nian kerana bekerjasama sepenuhnya bagi menjayakan aktiviti ini dengan cemerlang.



Disini terdapat sebahagian gambar-gambar yang sempat diambil semasa aktiviti membaca tersebut dijalankan.


Masa Mendengar Cerita







Lakonan


Say " Cheese"!
Wa, saya nak makan kamu!
Jangan tangkap saya! Tolong!!!
Naga, pergilah dari sini!!!
Akhirnya, putera mengalahkan naga yang jahat itu!



Para perempuan memberikan sebuah buku sebagai pengganti
mawar yang diterimanya
Tamat cerita...










Pemberian Buku Kepada Murid-murid Tahun 1

        



  


Sesi Membaca Selama 423 saat



       


       

  



Sesi Pengkongsian Cerita

    
 

     


                                                         


                                       


Kami suka membaca!

     




          

JADUAL PEMULANGAN BUKU TEKS SPBT PELAJAR TAHUN 1- 6


TARIKH
TAHUN

31/10/2014
JUMAAT

1

3/11/2014
ISNIN

2

4/11/2014
SELASA

3

5/11/2014
RABU

4

6/11/2014
KHAMIS

5


7/11/2014
JUMAAT

6


UNTUK MEMASTIKAN PROSES PEMULANGAN BUKU TEKS SPBT BERJALAN LANCAR, ADALAH DIHARAPKAN AGAR GURU - GURU KELAS DAPAT MENGINGATKAN SEMUA MURID KELAS MASING-MASING  MEMASTIKAN NO.SIRI BUKU DAN BILANGAN BUKU YANG AKAN DIPULANGKAN ADALAH SAMA DENGAN JUMLAH BILANGAN YANG DIPINJAM. GURU-GURU PERLU MEMASTIKAN BORANG PENERIMAAN BUKU ADA BAGI SETIAP MURID.

Pengurusan SPBT 

PERATURAN-PERATURAN

PERATURAN PENGGUNAAN BUKU SPBT


  1. Pelajar mesti menulis nama, tahun dan darjah dalam ruangan yang disediakan pada kulit dalam buku teks.
  2. Setiap pelajar wajib membalut buku menggunakan sampul plastik sahaja.
  3. Pelajar dilarang menconteng atau mengoyakkan mukasurat buku. 
  4. Semasa pemulangan buku, nombor buku mestilah sama dengan nombor buku dalam borang penerimaan yang diisi semasa peminjaman buku pada awal tahun.
  5. Pelajar yang gagal memulangkan buku teks pada akhir tahun akan dikenakan tindakan disiplin dan wajib menggantinya dengan wang atau buku.

TANGGUNGJAWAB GURU SPBT

  1. Menjadi Setiausaha kepada AJK kelayakan murid, AJK Lembaga Pemeriksa Pelupusan buku teks sekolah.
  2. Merancang dan mengurus baik pulih buku teks
  3. Mengedar,mengumpul dan menyemak borang SPBT
  4. Menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas buku teks
  5. Mengurus dan mengemaskini semua fail dan buku stok
  6. Menjadi Penasihat Kelab  SPBT sekolah
  7. Menerima dan menyemak bekalan buku teks dan tandatangan Nota Serah
  8. Menghayati,mematuhi dan melaksanakan semua arahan buku teks
  9. Membuat permohonan keperluan buku teks SPBT
  10. Merancang dan mengurus baik pulih buku teks
  11. Menyediakan data enrolmen murid dan murid layak
  12. Melaporkan kepada GPK HEM/GPK/Penyelia petang masalah berkaitan buku teks
  13. Menyelaras pengisian borang SPBT G
  14. Menguruskan pelupusan buku teks
  15. Menguruskan gantian buku teks yang hilang/dirosakkan
  16. Memastikan buku SPBT dicop dengan cop SPBT dan dicatat tarikh penerimaan.

AKTIVITI-AKTIVITI AHLI KELAB

1. Penglibatan dalam perlaksanaan program-program SPBT seperti perihatin teks dan lestari SPBT.


2. Mengemaskini bilik SPBT.

3. Membaik pulih buku.

4. Memproses buku yang baru tiba.

5. Hari membaca sedunia 423



MATLAMAT PEMBERIAN SPBT

  • Meringankan beban yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga yang kurang mampu.
  • Memastikan murid daripada keluarga yang kurang mampu tidak tercicir dalam persekolahan mereka

Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) telah diperkenalkan sejak tahun 1975 kepada semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. Skim ini bertujuan memastikan murid daripada keluarga kurang berkemampuan menerima kemudahan pinjaman buku teks. Pada tahun 1983, SPBT telah diperluaskan ke Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR). Pengukuhan SPBT telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia mulai tahun 2008 dengan menyediakan kemudahan pinjaman percuma kepada murid tanpa mengira status sosio ekonomi selaras dengan kehendak masyarakat yang bersesuaian dengan dasar SPBT itu sendiri.
Kini Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan pembaharuan dalam bahan pengajaran dan pembelajaran dengan menerbitkan CD-ROM pada setiap keluaran buku teks. CD-ROM tersebut mengandungi teks, ilustrasi grafik, animasi, audio, video, multimedia interaktif dan aktiviti interaktif termasuk simulasi, permainan komputer dan ujian (penilaian) interaktif. Ia juga dilengkapi dengan bku catatan elektronik yang dikenali dengan e-journal sebagai alat komunikasi. Selain menerbitkan buku teks yang menepati kehendak kurikulum dan berkualiti tinggi, usaha telah diambil untuk memastikan pakej buku teks yang diterbitkan sesuai untuk kumpulan sasar dan membantu untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Setiap murid juga diberi peluang untuk menggunakan CD-ROM bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

KELAB SPBT

PENDAHULUAN
Kelab SPBT mula ditubuhkan adalah bertujuan untuk membantu pengurusan dan perlaksanaan SPBT sekolah dengan lebih lancar dan berkesan. Justeru, ianya secara tidak langsung akan dapat memupuk sikap cintakan buku seterusnya memartabatkan buku teks sebagai sumber ilmu.

VISI
Menjadi sebuah kelab yang ahlinya sentiasa bersikap positif selaras dengan rukun Negara

MISI
Melahirkan pengawas dan AJK SPBT yang mahir dan pengurusan SPBT dan berketrampilan

JAWATANKUASA KELAB SSPBT 2014

Penaung
Pengetua, Puan Tang Ai Lee

Guru Penasihat
Puan Lim Siew Kian
Puan Lim Shih Ni

Pengerusi
Ma Chyi Qi

Naib Pengerusi
Elroy Kua Zheng Qin

Setiausaha
Kieu Jin Ching

Bendahari
Ng Wei Qi

AJK Tingkatan

Tahun 4
Eng Ler Qi

Tahun 5
Lim Chun Ping

Tahun 6
Tan Chin Yuan

OBJEKTIF
· Melatih ahli dengan kemahiran pengurusan SPBT.
· Melengkapkan ahli dengan kemahiran kepimpinan supaya mampu menjalankan tugas pengawas dengan baik.