Hari Membaca Sedunia 423
Hari Buku adalah resolusi daripada persidangan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik
dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 15 Nov 1995 yang
mengisytiharkan 23 April setiap tahun sebagai Hari Buku.
Objektif acara ini
diadakan adalah untuk mempromosikan pembacaan, penerbitan dan juga
hakciptaterpelihara sesuatu bahan bacaan.
Pelbagai aktiviti
diadakan di seluruh dunia pada Hari Buku tersebut. Aktiviti ini diadakan untuk
membuka mata masyarakat mengenai pembacaan yang baik selain daripada mengetahui
proses penerbitan buku yang bermutu dan berkualiti.
Hari Buku Sedunia
juga akan mempromosikan mengenai hakcipta yang sangat penting bagi seseorang
pengkarya buku dan juga mengajak masyarakat untuk lebih mengenali karya–karya
yang menarik dan hebat.
Pada hari ini, 23 April 2014 merupakan Hari Membaca Sedunia. Bersempena dengan hal yang sedemikian, kelab SPBT juga telah menjalankan aktitivi membaca tersebut. Aktiviti ini dianjurkan bersama dengan unit Pusat Sumber Sekolah.
Bertemakan "Jom Membaca Bersama 423 saat" seluruh warga SJKC Tshing Nian akan membaca buku atau bahan ilmiah selama 423 saat bermula Jam 0900 hingga Jam 0908.
Terima Kasih kepada semua warga SJKC Tshing Nian kerana bekerjasama sepenuhnya bagi menjayakan aktiviti ini dengan cemerlang.
Disini terdapat sebahagian gambar-gambar yang sempat diambil semasa aktiviti membaca tersebut dijalankan.
Masa Mendengar Cerita
Lakonan
|
Say " Cheese"! |
|
Wa, saya nak makan kamu! |
|
Jangan tangkap saya! Tolong!!! |
|
Naga, pergilah dari sini!!! |
|
Akhirnya, putera mengalahkan naga yang jahat itu! |
|
Para perempuan memberikan sebuah buku sebagai pengganti mawar yang
diterimanya |
|
Tamat cerita... |
Pemberian Buku Kepada Murid-murid Tahun 1
Sesi Membaca Selama 423 saat
Sesi Pengkongsian Cerita
|
Kami suka membaca! |
No comments:
Post a Comment