PERATURAN PENGGUNAAN BUKU SPBT
- Pelajar mesti menulis nama, tahun dan darjah dalam ruangan yang disediakan pada kulit dalam buku teks.
- Setiap pelajar wajib membalut buku menggunakan sampul plastik sahaja.
- Pelajar dilarang menconteng atau mengoyakkan mukasurat buku.
- Semasa pemulangan buku, nombor buku mestilah sama dengan nombor buku dalam borang penerimaan yang diisi semasa peminjaman buku pada awal tahun.
- Pelajar yang gagal memulangkan buku teks pada akhir tahun akan dikenakan tindakan disiplin dan wajib menggantinya dengan wang atau buku.
TANGGUNGJAWAB GURU SPBT
- Menjadi Setiausaha kepada AJK kelayakan murid, AJK Lembaga Pemeriksa Pelupusan buku teks sekolah.
- Merancang dan mengurus baik pulih buku teks
- Mengedar,mengumpul dan menyemak borang SPBT
- Menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas buku teks
- Mengurus dan mengemaskini semua fail dan buku stok
- Menjadi Penasihat Kelab SPBT sekolah
- Menerima dan menyemak bekalan buku teks dan tandatangan Nota Serah
- Menghayati,mematuhi dan melaksanakan semua arahan buku teks
- Membuat permohonan keperluan buku teks SPBT
- Merancang dan mengurus baik pulih buku teks
- Menyediakan data enrolmen murid dan murid layak
- Melaporkan kepada GPK HEM/GPK/Penyelia petang masalah berkaitan buku teks
- Menyelaras pengisian borang SPBT G
- Menguruskan pelupusan buku teks
- Menguruskan gantian buku teks yang hilang/dirosakkan
- Memastikan buku SPBT dicop dengan cop SPBT dan dicatat tarikh penerimaan.
No comments:
Post a Comment